26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Real tumbang di tangan Villareal

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MISI mempertahankan kejuaraan LaLiga Real Madrid berada dalam kedudukan bahaya selepas tewas 2-3 kepada Villarreal di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Kekalahan ini membawa Real ketinggalan 12 mata di belakang Barcelona dalam pemburuan gelaran LaLiga musim ini.

The Yellow Submarine mempamerkan kebangkitan daripada ketinggalan sebanyak dua kali sebelum meraih kemenangan.

Samuel Chukwueze menjadi duri dalam daging dengan meledak dua gol dan mencipta satu bantuan jaringan, termasuk gol kemenangan dalam babak kedua.

Jaringan sendiri Pau Torres meletakkan Madrid di depan pada minit ke-16 sebelum Chukwueze mengikat kedudukan pada minit ke-39.

Advertisements

Vinicius Junior kemudian kembali meletakkan Madrid di depan menerusi gerakan solo menariknya pada minit ke-48 namun pemain gantian, Jose Morales, sekali lagi memastikan Villarreal menyamakan kedudukan apabila menyudahkan lintangan rendah Chukwueze pada 20 minit terakhir.

Chukwueze muncul penjaring gol kemenangan dramatik Villarreal pada 10 minit terakhir menerusi rembatan dari luar kotak penalti.

Perlawanan berakhir dengan dramatik apabila semakan video bantuan pengadil (VAR) menafikan sepakan penalti buat Madrid pada penghujung perlawanan.

Perlawanan seterus Real Madrid pada Khamis ini melayan kunjungan Chelsea Fc dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan