Friday, July 24, 2026

Messi, Ramos tamat kemarau kemenangan PSG

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LIONEL Messi dan Sergio Ramos memacu kemenangan Paris Saint-Germain (PSG) 2-0 ke atas Nice dalam perlawanan Ligue 1 di Allianz Riviera awal pagi tadi.

Messi menjaring gol pertama pada minit ke-26 perlawanan sebelum beliau melakukan umpanan untuk ditanduk masuk Ramos dalam babak kedua.

Kemenangan ini merupakan pertama PSG dalam tiga perlawanan terakhir selepas penyandang Juara Ligue 1 itu tewas dua perlawanan berturut-turut.

Sementara itu, Nice, pula gagal mencatatkan kemenangan ke atas bekas ketua jurulatih mereka, Christophe Galtie yang kini membimbing PSG menggantikan Mauricio Pochettino tahun lalu.

PSG kekal di tangga teratas dengan kutipan 69 mata selepas 30 perlawanan sambil diekori rapat Lens di kedudukan kedua mencatat 66 mata. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan