27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Lazio cemerlang tewaskan Juventus

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

LAZIO mengekalkan rentak cemerlang menundukkan Juventus 2-1 dalam perlawanan Serie A di Stadio Olimpico awal pagi tadi.

Kemenangan ini membawa Lazio mengukuhkan kedudukan di tangga kedua liga berkenaan.

Sergej Milikovic-Savic menjaring gol pertama buat Lazio sebelum Adrien Rabiot menyamakan kedudukan buat Juventus pada penghujung babak pertama.

Jaringan Rabiot meleburka rekod tanpa bolos pasukan tuan rumah selepas lapan perlawanan liga.

Advertisements

Mattia Zaccagni menjaring gol kemenangan Lazio selepas lapan minit babak kedua bersambung untuk memastikan tiga mata menjadi milik pasukan itu.

Lazio kini berada dalam kedudukan terbaik meraih slot Liga Juara-Juara Eropah musim depan berkelebihan lima mata di atas pasukan di tangga ketiga, AS Roma.

Pasukan lain iaitu AC Milan, Inter Milan dan Atalanta kesemuanya keciciran mata memberi kelebihan buat Lazio sekaligus memanfaatkan situasi itu untuk mencatatkan kemenangan ke atas Juve, yang kekal ketinggalan lapan mata di belakang kelompok empat teratas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan