27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

‘Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SIAPA sangka lukisan terakhir seorang anak kecil yang menggambarkan dia sedang tidur dalam keadaan berkafan rupanya isyarat bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita, Norhazwani Amir Hamzah atau Wunny Amir menerusi media sosial, yang tular sejak semalam.

“Mama, tengok ni Aydan lukis. Aydan lukis mama, ayah dengan Aydan. Ni Aydan tengan tidur,” tulis Wunny menerusi Facebooknya, menyalin percakapan dia dengan Aydan Hadiff, 7, sebelum ini.

Wanita itu turut memuji lukisan selain bertanyakan Aydan Hadiff kenapa daia dilukis sedang tidur, sedangkan ibu dan ayahnya tidak.

“Aydan tidur dulu, nanti mama dengan ayah tidurlah,” katanya sambil terus bertanya kedudukan Aydan Hadiff yang dilukis terlalu jauh, bukan di tengah mereka.

Lukisan yang dihasilkan Aydan Hadiff sebelum dia meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. – Foto: FB Wunny Amir

Wunny berkata, anaknya itu hanya ketawa dan dia turut mempersoalkan lukisan tersebut yang menunjukkan Aydan Hadiff tidak mempunyai kaki dan tangan.

“Mama ini yang macam bayi pakai tu mama. Aydan jadi bayi balik,” katanya sambil menjelaskan bahawa itu bedung.

“Allahu rupanya bukan kain bedung, tapi kain kafan. Satu lagi gambar Aydan lukis lebih besar, ‘sebiji’ (mirip) dengan pakaian terakhir Aydan siap berkopiah putih,” cerita wanita tersebut. 

Advertisements

Difahamkan, wanita berkenaan kehilangan anaknya itu dalam kemalangan awal bulan ini ketika dalam perjalanan menunaikan solat tarawih.

Persatuan Alumni Universiti Teknologi Petronas (UTP) menerusi Facebooknya memaklumkan tentang satu kemalangan yang membabitkan pasangan alumninya, Afiq Rosli dan Norhazwani.

Gambar tiga sekeluarga termasuk Aydan yang dimuat naik dalam hantaran ucapan takziah Facebook UTP Alumni Association.

Dalam kemalangan di Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu telah mengorbankan anak lelaki pasangan tersebut, Aydan, 7 manakala Afiq Rosli patah kaki sementara Norhazwani cedera.

Dalam satu hantaran UTP Alumni Association, pihaknya memaklumkan mengenai berita sedih berkenaan.

“Mohon doa Aydan, semoga Allah S.W.T. mengurniakan Jannat-ul-Firdaus dan semoga Afiq dan Hazwani dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi masa yang mencabar ini,” kata persatuan itu.

Sehingga pukul 12.30 tengah hari tadi, hantaran berkenaan mendapat lebih 12,000 reaksi, lebih 2,000 komen serta lebih 11,000 perkongsian.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan