30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

City terus mengejar Arsenal 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER City beraksi cemerlang dengan menewaskan Southampton 4-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium St. Mary awal pagi tadi.

Kemenangan besar itu turut meletakkan City untuk merapatkan jurang lima mata dengan kekurangan satu perlawanan terhadap pendahulu liga, Arsenal.

Kevin De Bruyne yang menyumbang satu bantuan turut mencipta sejarah selaku pemain kelima mencecah 100 bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris.

Untuk rekod, pemain kebangsaan Belgium itu merupakan pemain yang tercepat mencapai rekod berkenaan dengan melakukannya selepas 237 perlawananKevin De. 

Advertisements

Rekod De Bruyne mengatasi rekod Cesc Fabregas dengan 293 penampilan sambil Ryan Giggs, Wayne Rooney dan Frank Lampard merupakan tiga individu lain yang pernah mencipta rekod ini.

Penyerang berbisa, Erling Haaland seperti biasa meledak dua gol dalam perlawanan dengan menjadikan jumlah jaringan ke 30 musim ini walaupun City baru bermain 29 perlawanan.

Haaland kini sudah meyumbat 44 gol dalam kesemua kejohanan menerusi musim pertamanya di England untuk menyamai rekod jaringan terbanyak bagi satu musim EPL yang pernah dilakukan Ruud van Nistelrooy (2002-03) dan Mohamed Salah (2017-18).

Kemenangan ini cukup penting buat City dalam misi mempertahankan kejuaraan serta mengejar Arsenal yang akan bertandang ke Anfield pada lewat malam ini – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan