26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Puteri Sarah akui penat dengan ‘drama’ rumahtangganya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKON popular, Puteri Sarah meluahkan bahawa beliau sudah penat berhadapan dengan segala yang berlaku antaranya dengan suami, Syamsul Yusof.

Pelakon dengan nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu malam telah memadamkan semua hantaran dalam media sosialnya berhubung kemelut rumahtangga beliau dengan pengarah filem terkenal itu.

Bahkan beliau juga seolah-olah menyerah kepada Syamsul sendiri untuk membuat keputusan berhubung tuntutan perceraian mereka sebelum ini namun meminta suaminya itu menjawab di akhirat kelak.

“Saya sudah memadamkan semua hantaran saya sekarang bukan kerana saya takut tetapi saya benar-benar sudah penat.

“Secara seriusnya, saya sudah penat dengan semua drama ini… untuk Syamsul, kau tak nak bagi nafkah aku?

“Suka hati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah. Kau jawab kat akhirat nanti. Saya hanya mahu keluar dari perkahwinan toksik ini,” katanya dalam hantaran terbaharu di Instagram hari ini.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga menzahirkan harapan untuk terus bergerak ke hadapan dan gembira dengan hidupnya bersama anak-anak.

Namun, pelakon itu juga meluahkan kekesalannya kerana berkahwin dengan Syamsul.

“Satu yang pasti, aku menyesal dalam hidup berkahwin dengan kau (Syamsul), tetapi aku bersyukur sangat dapat mak dan bapa mertua yang paling terbaik dalam hidup aku.

“Mama dan papa akan terus menjadi mama dan papa hingga ke syurga. Awak nak menang? Awak ambil lah semua harta-harta awak.

“Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku,” katanya.

Untuk rekod, 18 April lalu, pasangan berkenaan dijangka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan namun tidak diteruskan berikutan Syamsul tidak melafazkan cerai tersebut.

Difahamkan, jumlah mutaah yang tinggi dan kes saman terhadap Ira Kazar menjadi penghalang kepada ‘perdamaian’ di antara pasangan selebriti itu.

Selepas kes disebut, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah memaklumkan draf penyelesaian itu tidak dapat ditandatangani selepas mereka gagal mencapai persetujuan.

Peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili Syamsul memaklumkan Sarah telah meminda beberapa terma dalam draf persetujuan tersebut.

“Bila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya plaintif (Sarah) masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya.

Sebelum ini, pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Ibu kepada dua anak itu dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Pada 10 April lalu, Syamsul bersetuju untuk bercerai secara baik hasil pertemuan dengan Puteri Sarah malam sebelum perbicaraan.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan