27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Aidilfitri: Kelantan umum Selasa cuti perisitiwa 

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Kelantan mengisytiharkan Selasa sebagai cuti peristiwa bagi negeri itu sempena perayaan Aidilfitri.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob selepas pengumuman Aidilfitri yang akan disambut seluruh umat Islam di negara Sabtu ini.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidilfitri 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan Selasa, 25 April ini sebagai Hari Kelepasan Am (cuti peristiwa) bagi Kelantan,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Khamis.

Advertisements

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu ini.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam tadi.

Penetapan tarikh itu dibuat selepas cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara.

Terdahulu, timbul persoalan sama ada 1 Syawal jatuh pada Jumaat atau Sabtu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

16 syarikat, 200 peluang pekerjaan dalam Career Connect@PUO

SEBANYAK 16 syarikat pelbagai industri dengan tawaran lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan latihan indusri menyertai Career Connect @...

Lagi Artikel Berkaitan