27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Syamsul ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMELUT rumah tangga pasangan pelokon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syamsul Yusof berakhir selepas disahkan bercerai buat kali kedua hari ini.

Lafaz cerai tersebut dibuat Syamsul di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

“Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” kata Syamsul ketika prosiding perceraian tersebut.

Puteri Sarah yang merupakan pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu bagaimanapun tidak menunjukkan perubahan emosi ketara selepas lafaz tersebut diucapkan bekas suaminya itu.

Advertisements

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Kemelut rumah tangga anak menantu kepada Datuk Yusof Haslam itu dilaporkan bermula sejak empat tahun lalu namun kedua-dua pasangan tersebut tidak pernah mendedahkan sebarang kisah mengenai keretakan rumah tangga mereka.

Puteri Sarah bagaimanapun akhirnya membuka mulut mengenai kisah rumah tangga mereka sehingga menjadi tumpuan umum sementara Syamsul pula mengambil keputusan menikahi anak kepada pelakon, Kazar Saisi, Ira di Thailand pada Januari lalu.

Bagaimanapun, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan