26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Puteri Sarah, Syamsul bercerai 18 April

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELAKON, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan Syamsul Yusof akan menamatkan hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri pada 18 April ini.

Puteri Sarah berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pertemuan yang diadakan kedua-dua pihak malam tadi dan dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Puteri Sarah ketika ditemui selepas hadir status proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur berkata dia bersyukur segalanya berjalan seperti yang dirancang.

Bakal beraya sebagai ibu tunggal buat pertama kalinya, Puteri Sarah berkata prosiding tersebut berjalan lancar selepas kedua-dua pihak mencapai kesepakatan dalam pertemuan yang diadakan malam semalam.

“Syukur Alhamdulillah kami sudah berjumpa dan berbincang semua terma dan syarat. Apa yang dia nak, apa yang Sarah nak nafkah semua.

“Semalam semua sudah selesai berkat bulan Ramadan, jadi hari ini dipermudahkan. Kita boleh teruskan (hidup) masing-masing dengan tenang.

“Tidak payah pening-pening lagi dah. Dia akan lafazkan pada 18 April ini sebelum raya. Kita hendak cepat selesaikan sebelum raya,” katanya hari ini. 

Advertisements

Sementara itu, Puteri Sarah berkata, Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma kurang dua minggu lagi pastinya memberikan kegembiraan kepadanya.

“Sambutan raya akan lebih gembira dan tenang. Yang penting, Sarah tak nak bermusuh dan berdendam. 

“Sebelum ini ada banyak benda yang tidak terjawab tetapi kini segalanya sudah terjawab. Sarah hanya mahukan ketenangan, Alhamdulilah dapat,” ujarnya.

Mengulas mengenai hak penjagaan anak, pelakon berusia 38 tahun itu berkata dia dan Syamsul akan beri kerjasama sepenuhnya dan akan bersahabat demi anak mereka.

“Hal anak kalau Syamsul bagi kerjasama, Sarah pun bagi kerjasama. Tiada siapa hendak bermusuhan kerana segalanya telah selesai. 

“Kami akan terus bersahabat demi kebajikan anak-anak. Kami okey sahaja, yang penting dia dapat jumpa anak,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan