27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kanak-kanak rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan maut di dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong, Georgetown, Pulau Pinang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu juga, nenek mangsa mengalami melecur di tangan namun dilaporkan stabil.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, PKPgB Mohd Shakir Abdullah berkata, mangsa berusia tujuh tahun yang dikenali sebagai G Sri Laavanya ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam bilik tidur berdekatan katil.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.19 malam dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah (kelas C) yang terletak bersebelahan dengan setiap rumah berkeluasan 50X100 kaki persegi (464 meter persegi). Rumah pertama dianggarkan musnah 80 peratus manakala rumah kedua 50 peratus.

“Maklumat awal diterima daripada orang awam bahawa ada seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam rumah. Apabila kita periksa, memang benar ada mangsa yang terperangkap di dalam rumah pertama namun sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Shakir berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Advertisements

“Kita membuat ‘size up’ memakai pakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap ketika melakukan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan api. Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.45 tengah malam dan dipadamkan pada 12.55 tengah malam.

“Mangsa ditemui pada jam 12.33 tengah malam dalam keadaan rentung.Kerja-kerja ‘overhaul’ telah dijalankan dan operasi tamat pada jam 1.23 pagi. Kes diserahkan kepada pegawai dari Bahagian Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya,” katanya

Ujar beliau, seramai 19 anggota termasuk penyelia dan ketua balai dari BBP Paya Terubong dengan bantuan dari BBP Jalan Perak ditugaskan di lokasi kejadian.

“Kita turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) iaitu daripada PBS Bukit Bendera, Bagan Ajam, Perak Lane, Padang Lalang dan Ayer Itam.

“Selain itu, bantuan daripada agensi luar pula melibatkan polis dan Tenaga Nasional Berhad,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Politeknik Sultan Idris Shah pertahan gelaran FIRA Malaysia

POLITEKNIK Sultan Idris Shah (PSIS), Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan Piala Federation of International Robot Soccer Association (FIRA) Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan