34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Empat buah kereta jenis BMW dijilat api

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK empat buah kereta mewah jenis BMW musnah dijilat api ketika sedang diturunkan daripada lori pengangkut kenderaan dalam satu kejadian di Ara Damansara, tengah malam tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.30 tengah malam sebelum menggerakkan sembilan orang dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi tersebut, laporan awal oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Malik Mat Dui mendapati terdapat kebakaran melibatkan empat buah kenderaaan jenis BMW.

“Kereta-kereta tersebut sedang diturunkan daripada lori pengangkut kenderaan.

“Sebuah kereta BMW baharu didapati terbakar 70 peratus, manakala kereta yang BMW terpakai yang lain musnah dalam kebakaran tersebut namun tiada mangsa yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, api dapat dipadamkan pada pukul 1.10 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.- Edisi 9 

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan