28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Petisyen Pengampunan Najib: 18,196 sokong

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PETISYEN berhubung pengampunan diraja untuk membebas dan melepaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah hampir mencapai sasaran 150,000 tandatangan.

Tinjauan Edisi 9 mendapati, setakat pukul 11.34 pagi tadi,  di platform change.org mendapati petisyen bertajuk “Petisyen kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong: Najib Tidak Wajar Diampunkan” telah mendapat 149,162 tandatangan.

Selain itu, petisyen yang menyokong “Bebaskan Najib Razak Melalui Pengampunan Diraja” turut dilancarkan seorang individu bernama Ariff Lias.

Petisyen tersebut telah mengumpul tandatangan sebanyak 18,196 dari jumlah sasaran untuk mencapai 25,000 tandatangan.

Menurut Bersih, petisyen itu dilancarkan kerana kesan rasuah terhadap kepentingan rakyat.

“Ampun Tuanku, sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, beliau telah disabitkan bersalah menyeleweng dana awam melalui SRC International dan telah diberikan proses pengadilan yang seadilnya. 

Advertisements

“Sebagai rakyat, patik-patik sekalian berasa sengsara dengan kesan korupsi oleh mereka yang diberi mandat membangun negara ini tetapi sebaliknya memenuhkan tembolok sendiri dengan kekayaan negara,” katanya.

Sementara itu, petisyen menyokong pembebasan Najib pula menyentuh ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman yang sangat serius dalam kes SRC dihadapi Najib.

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi UMNO memohon pertimbangan agar Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi pengampunan penuh kepada bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata UMNO akan mempersembahkan warkah rayuan kepada Seri Paduka beserta memorandum yng ditandangani oleh seluruh pemimpin parti itu di 191 bahagian.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan beliau akan menjadi sebahagian daripada pihak yang terlibat dalam proses penilaian permohonan Pengampunan Diraja kepada Najib. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan