27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Gagal kemukakan lesen, sebuah bot tunda ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Miri menahan sebuah bot tunda disyaki gagal mempamerkan Domestic Shipping License (DSL) dan tidak melaporkan kepada pegawai pelabuhan berkenaan pertukaran nakhoda tengah hari kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, ketika ditahan bot tunda tersebut dalam pelayaran ke Kuala Baram pada jarak lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Kuala Baram pukul 11.00 pagi semalam.

“Bot tunda dikendalikan oleh lapan orang warga Indonesia dan seorang warga tempatan berumur dalam lingkungan 27 hingga 70 tahun.

Advertisements

“Kesemua mereka mempunyai pengenalan diri ketika diperiksa.

“Bagaimanapun, diatas kegagalan melaporkan pertukaran nakhoda kepada pegawai pelabuhan, siasatan akan dibuat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, iaitu gagal dan bawah Peraturan-peratuan Perkapalan Dalam Negeri 1981, iaitu gagal mempamerkan DSL ketika diperiksa,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Ujar beliau, Maritim Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan rondaan dan pemantauan bagi mencegah sebarang bentuk pelanggaran undang-undang, penyeludupan, pencerobohan dan jenayah maritim di sepanjang perairan Malaysia amnya di perairan Zon Maritim Miri khasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan