32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Farid Kamil tawar perdamaian RM300,000 pujuk Diana

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKON Farid Kamil, 42, mengemukakan tawaran perdamaian membabitkan aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700 terhadap isteri, Diana Danielle, 32.

Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari menawarkan sebuah kenderaan MPV jenis Toyota Velfire, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran tiket umrah kepada Diana.

“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati pada Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac sehingga Jun 2023 bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah sudah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.

“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya dalam kenyataan diedar pengurus Farid kepada media di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

Ketika ini prosiding sulh masih berlangsung sejak pukul 11.45 pagi tadi.

Advertisements

Diana dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir tidak hadir ke prosiding itu.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dengan alasan tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan