27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Basikal lajak: Ke Ting mohon maaf, turut pikul keperitan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

“SAYA dengan suci hati memohon maaf kepada keluarga mangsa walaupun saya tahu dan faham bahawa maaf berat dihulurkan,” luah Sam Ke Ting ketika ditemui pemberita di lobi Istana Kehakiman, hari ini.

Ke Ting berkata demikian selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadapnya, tahun lalu.

Ke Ting mengaku dan akur bahawa beliau yang memandu kereta dan menyebabkan kematian pada anak-anak yang disayangi keluarga.

“Namun demikian, kemalangan itu bukan disengajakan oleh saya. Saya merasa sangat simpati bagi nasib dan penderitaan keluarga atas pemergian arwah,” katanya.

Malah, ujar kerani itu, sepanjang enam tahun kesnya dibicarakan di mahkamah, dia sentiasa terfikir dan merenung bagaimana kehidupan harian dan masa depan mungkin dinikmati di sisi keluarga tersayang lapan remaja yang terkorban akibat kemalangan disebabkannya.

Advertisements

“Kata-kata saya tidak dapat membawa arwah kembali ke pangkuan keluarga, namun demikian saya ingin sampaikan kepada keluarga bahawa saya turut memikul keperitan tragedi itu.

“Akhir sekali, saya berterima kasih pada mahkamah dan hakim kerana mendengar pembelaan saya dengan adil,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Ke Ting atas kesalahan terbabit pada 2017 lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah, membuat keputusan sebulat suara itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan