28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Koo Ham terkhilaf kuasa tubuh jawatankuasa khas – Loke

Mesti Baca

SETIAUSAHA Agung DAP, Anthony Loke menjelaskan bahawa Datuk Ngeh Koo Ham terkhilaf mengenai punca kuasa penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

Atas kekhilafan tersebut, katanya, Ahli Parlimen Beruas itu telah mencadangkan agar jawatankuasa khas berkenaan turut disertai oleh pakar daripada kalangan bukan Islam.

Sedar bahawa cadangan tersebut bakal menimbulkan polemik kononnya DAP cuba mencampuri urusan agama Islam, Anthony menegaskan, perkara itu tidak benar sama sekali.

Sebaliknya beliau berkata, DAP komited terhadap prinsip hormat-menghormati antara satu sama lain dan keharmonian antara agama serta kaum.

“Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan bertujuan menasihati majlis berkenaan dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah.

Advertisements

“Perlu ditegaskan bahawa penubuhan Jawatankuasa Khas ini bukan ditentukan oleh Jemaah Menteri, tetapi oleh MKI dan mereka melapor secara langsung kepada MKI.

“DAP menghormati kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor dalam membuat sebarang keputusan mengenai urusan MKI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebarang cadangan oleh Jawatankuasa Khas berkenaan yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang, perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk proses penggubalan rang undang-undang seperti biasa.

Sehubungan itu, Anthony berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang dalam perkara itu kerana sebarang pindaan undang-undang yang melibatkan hak bukan Islam perlu diperhalusi serta diputuskan oleh Jemaah Menteri sebelum dibawa ke Parlimen.

Semalam, media melaporkan Koo Ham mencadangkan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan awal bulan ini, bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan