26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Sultan Selangor ingatkan bukan Islam tidak campur urusan Islam

Mesti Baca

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatakn agar orang politik khususnya mereka yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.

Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah, penganut agama lain malahan seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di negara ini.

Titah baginda, MKI yang dipengerusikan oleh baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

“MKI juga dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya yang melibatkan undang-undang dan agama Islam,” titah baginda yang dimuatkan dalam Facebook rasmi baginda hari ini.

Baginda menitahkan demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Advertisements

Koo Ham dipetik media sebagai berkata, langkah itu bagi mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

Beliau juga mengingatkan Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira kepentingan semua golongan, maka sebarang perubahan yang memberi kesan kepada kaum dan agama mesti dibincangkan secara menyeluruh untuk mengelakkan konflik.

Sultan Sharafuddin turut berkenan memetik ayat keenam Surah al-Kafirun di mana Allah SWT telah berfirman, (yang bermaksud): “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku.”

Baginda turut mengambil maklum kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke Siew Fook. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan