30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Misi bantuan banjir ke Pantai Timur bukti UMNO jaga rakyat

Mesti Baca

LANGKAH Wanita dan Pemuda UMNO menggerakkan misi bantuan kemanusiaan ke Pantai Timur termasuk Kelantan dan Terengganu membuktikan parti itu mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat tanpa mengira tempat.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Kelantan dan Terengganu bukanlah negeri di bawah Kerajaan Perpaduan namun UMNO telah membantu rakyat yang sedang dilanda musibah banjir.

“Saya bangga melihat Wanita UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO yang telah menggerakkan misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa yang terjejas banjir di Pantai Timur.

“Walaupun Kelantan dan Terengganu bukanlah negeri di bawah Kerajaan Perpaduan, namun kesejahteraan dan keselamatan rakyat sentiasa diberikan keutamaan oleh UMNO di mana jua sekalipun.

Advertisements

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kepada yang turun membantu dan semua yang terjejas akibat banjir kali ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Zahid berkata, dalam misi tersebut pebagai jenis bantuan akan disalurkan seperti bot, kit makanan, air mineral, makanan kering dan kelengkapan pembersihan diri untuk digunakan oleh mangsa-mangsa yang terkesan banjir.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad meninjau keadaan mangsa banjir Pantai Timur di salah satu Pusat Penempatan Sementara.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang terus mencatatkan trend penurunan dengan bilangan terkini adalah 20,036 orang yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan sementara (PPS) petang ini, berbanding 22,033 orang di 92 PPS tengah hari tadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan