32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Syamsul tidak jadi lafaz cerai Puteri Sarah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENGEJUTKAN !!

ITULAH situasi yang berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur apabila pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof membuat kejutan tanpa disangka.

Syamsul sepatutnya melafazkan talak kepada Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada hari ini, namun mengubah fikirannya di saat akhir.

Mereka sepatutnya bercerai pada hari ini secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1984.

Disebabkan tiada lafaz talak pada hari ini, kes ini nampaknya akan berpanjangan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaludin Ilyas.

Terdahulu, Sarah hadir ke mahkamah mengenakan sepersalinan berwarna putih memberikan simbolik kebebasan dan akui tidak sabar untuk ‘move on’ serta jalani kehidupan baru selepas ini.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama telah menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Baca juga:   Puteri Sarah akui penat dengan 'drama' rumahtangganya

Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Baca juga:   Puteri Sarah, Syamsul diarah ke Jawatankuasa Pendamai

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Wartawan

Terkini

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan