31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Puteri Sarah enggan berdamai, tetap mahu bercerai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

USAHA untuk mencari jalan perdamaian antara pengarah, Syamsul Yusof dan isteri pertamanya, Puteri Sarah menemui kegagalan.

Malah, sesi mencari penyelesaian bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) itu juga berlangsung secara berasingan.

“Saya tak nak berjumpa, tak nak sebilik dan saya tegaskan di sini saya masih dengan keputusan saya, saya nak bercerai.

“Saya tak nak berdamai. Enough is enough. I’m tired (cukup-cukuplah, saya dah penat)” kata Puteri Sarah semasa ditemui media.

Pada 7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur agar melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Puteri Sarah ditemani adiknya memaklumkan telah menceritakan semuanya kepada jawatankuasa tersebut semasa sesi berkenaan, termasuk bukti-bukti yang ada. 

Advertisements

Tetap bertegas untuk berpisah, Puteri Sarah akan menggunakan hakam sebagai alternatif Syamsul enggan melepaskannya. 

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Syamsul pula sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

Bagaimanapun Syamsul tampil dengan kejutan memfailkan tuntutan nusyuz dan keesokkan harinya pula, Puteri Sarah tampil memfailkan hak jagaan anak-anak.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan