24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tangkap ikan diluar zon, bot nelayan kelas C ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ZON Maritim Bintulu telah menahan sebuah bot nelayan tempatan yang sedang leka melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar zon yang dibenarkan dalam operasi yang dijalanlan pagi semalam.

Penahanan itu dibuat pada jarak lebih kurang 5.10 batu nautika dari Kuala Balingian, Bintulu sekitar jam 10.00 pagi.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, penahanan bot berkenaan hasil daripada aduan yang diterima daripada orang awam.

“Justeru, pihak Maritim Malaysia telah melakukan tangkapan dengan menggunakan bot samaran bagi mengelakkan kehadiran anggota dikesan oleh nelayan terbabit.

Advertisements

“Hasil penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong dan dua orang kru yang mana kesemuanya adalah warga tempatan.

“Kesemua kru yang ditahan berumur dalam lingkungan 35 hingga 52 tahun,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, daripada hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati, syarat dalam buku lesen menetapkan kawasan yang dibenarkan untuk menangkap ikan adalah 12 batu nautika daripada pantai.

“Sehubungan dengan itu, komuniti Maritim turut diminta untuk melaporkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan