25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Selepas Syamsul fail nusyuz, Puteri Sarah pula mohon hadanah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PUTERI Sarah akan memfailkan Hadanah iaitu hak jagaan dua anaknya di Kompleks Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur, hari ini.

Difahamkan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tiba di mahkamah pada pukul 10.59 pagi.

Bagaimanapun, butiran bagi permoohonan hak jagaan itu masih belum didedahkan lagi.

Untuk rekod, hadanah bermaksud permohonan penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

7 Mac lalu, pasangan itu diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Roshdan Sujak.

Advertisements

Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Bagaimanapun, semalam, Syamsul membuat ‘kejutan’ apabila memfailkan tuntutan nusyuz ke atas Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Tarikh sebutan semula kes tuntutan nusyuz Syamsul terhadap Puteri Sarah akan disambung semula pada 6 April depan.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul, 38, membuat pengakuan melalui video di Instagram bahawa dia sudah bernikah dengan Ira di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan