26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Premis KPDN terbakar, 14 kenderaan rampasan selamat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PASUKAN bomba berjaya menyelamatkan  14 daripada 16 kenderaan pelbagai jenis dan sebuah struktur stor penyimpanan barangan rampasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Jalan Ellis, Kuching, Sarawak, tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan menerima panggilan mengenai insiden itu pada pukul 12.55 tengah malam dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan serta Batu Lintang telah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati keluasan kebakaran dianggarkan 10 meter persegi dan turut memusnahkan sebuah lori tangki minyak yang terbakar 100 peratus, sebuah lori 5 tan terbakar 1 peratus dan tempat penyimpanan tangki minyak diesel jenis IBC (plastik) telah terbakar 100 peratus.

“Selain itu, pihak bomba juga berjaya menyelamatkan 14 daripada 16 kenderaan pelbagai jenis dan sebuah struktur stor penyimpanan barangan rampasan seperti bahan petroleum dan gas petroleum cecair (LPG) berukuran 20×20 meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar kenyataan itu lagi, kebakaran juga tidak melibatkan struktur bangunan dan operasi pemadaman tamat pada pukul 1.50 pagi.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Tangan budak 3 tahun tersangkut dalam pembesar suara

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan