PEMUDA UMNO di seluruh negara akan membuat laporan polis hari ini berhubung acara pembukaan bar menampilkan kumpulan Thai Hot Guy dijangka 30 Mac ini.
Ketua Pergerakan Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan itu sebagai bantahan terhadap penganjuran majlis itu yang dilihat tidak bermoral.
Menurut beliau, jika tiada sebarang tindakan pembatalan diambil, pihaknya sendiri yang akan berbuat demikian.
“Insyallah pergerakan Pemuda UMNO seluruh malaysia akan membuat laporan polis terhadap penganjuran aktiviti yang tidak bermoral ini
“Kita tidak memerlukan orang yang tidak tahu menghormati sensitiviti sesama sendiri,” katanya dalam Facebook hari ini.
Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal menyeru semua badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang lain juga bersatu hati menentang program yang terkutuk itu.
“Ini negara kita, maka cara dan budaya kita,” tegasnya.
Kelmarin, sebuah akaun Facebook bernama KL NOW memuat naik hantaran mengenai program Thai Hot Guy yang difahamkan merupakan sebuah acara pertunjukan lelaki macho di sebuah bar di Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.
-EDISI9