29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Cuaca buruk di beberapa negeri petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan ribut petir dan hujan lebat bakal berlaku di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook berkata, cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan di Perlis dan Pulau Pinang.

Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut tertumpu di Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah

“Manakala keadaan yang sama membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, keadaan ini dijangka berterusan sehingga pukul 3 petang nanti bagi negeri-negeri terlibat.

Sementara itu, amaran ribut petir juga dikeluarkan bagi negeri Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling serta beberapa daerah di negeri Perak dan Selangor.

“Cuaca buruk turut diramal berlaku di seluruh kawasan Sabak Bernam dan Kuala Selangor bagi negeri Selangor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan