Thursday, July 23, 2026

Krisis Sudan: Angka korban cecah 185 orang

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERGOLAKAN di Sudan telah menyebabkan 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan.

Perkara itu dimaklmukan pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jerman Volker Perthes menerusi sidang video di New York.

Di ibu negara Khartoum, pertempuran sengit masih berterusan yang memusnahkan kebanyakan jambatan, di sekitar lapangan terbang antarabangsa dan ibu pejabat tentera, katanya. 

Agensi Akhbar Jerman (dpa) melaporkan pertempuran juga berlaku di wilayah Darfur.

Perebutan kuasa yang berpanjangan membabitkan tentera di bawah pimpinan pemerintah Abdel Fattah al-Burhan dan saingannya Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai timbalannya Mohammed Hamdan Daglo semakin memuncak pada hujung minggu.

Sehingga kini masih belum jelas puak mana yang mempunyai kelebihan di medan perang memandangkan situasi yang mengelirukan serta kenyataan yang bercanggah daripada kedua-dua pihak dalam konflik itu. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan