31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Krisis Sudan: Angka korban meningkat kepada 528 orang

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JUMLAH korban di Sudan akibat pertempuran berterusan antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) meningkat kepada 528 orang.

Selain itu, seramai 4,599 orang lagi cedera dalam keganasan yang berlaku dari 15 April hingga 27 April, lapor Agensi Anadolu.

Perkembangan ini dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan pada Sabtu,

Tambahnya, 12 daripada 18 negeri di Sudan telah menyaksikan pertempuran antara dua musuh yang bertelagah itu.

Advertisements

Pertempuran terbaharu meletus pada Sabtu walaupun gencatan senjata selama tiga hari.

Dalam pada itu, RSF dalam satu kenyataan mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat tentera di Omdurman.

Angkatan Tentera Sudan belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan itu.

Beribu-ribu orang termasuk warga asing telah meninggalkan Sudan sejak tercetusnya keganasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan