32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

RSF umum gencatan senjata 72 jam sempena Aidilfitri

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PASUKAN separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bermula 6 pagi waktu tempatan pada Jumaat sempena Aidilfitri.

Perkara tersebut dimaklumkan RSF melalui satu kenyataan di laman media sosial miliknya.

“Gencatan senjata itu bertepatan dengan Aidilfitri yang penuh barakah… dan membuka koridor kemanusiaan untuk memindahkan penduduk serta memberi peluang untuk menyambut hari raya bersama keluarga mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan RSF di Twitter.

Dalam kenyataan itu, RSF turut mengesahkan komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata itu untuk menghormati perayaan Aidilfitri.

Pertempuran mula tercetus pada Sabtu lalu antara Tentera Sudan (SAF) dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar.

Advertisements

RSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum. 

Pihak SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan separa tentera itu sebagai “pemberontak”.

Untuk rekod, Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021.

Ianya berlaku apabila pihak tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan