36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Negeri di utara dijangka sambut Aidilfitri dalam hujan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan di negeri-negeri utara tanah air pada pagi Aidilfitri esok.

Hujan diramalkan berlaku pada sebelah pagi di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, di barat Johor serta Kudat dan Sandakan di Sabah turut diramal hujan.

Bagaimanapun, tempat-tempat lain diramalkan tiada hujan.

Pada sebelah petang, METMalaysia meramalkan hujan atau ribut petir di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur, termasuk Putrajaya.

Hujan atau ribut petir turut diramal berlaku di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah di bahagian pedalaman serta pantai barat.

Kawasan lain yang turut terjejas termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri, Limbang di Sarawak dan Sabah di Sandakan dan Tawau.

Pada sebelah malam pula, METMalaysia meramalkan hujan di satu dua tempat di Sarawak (Sri Aman, Betong, Kapit, Miri dan Limbang) serta Sabah (Bahagian Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan