26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Wan Fayhsal bidas rumah terbuka PM di tiga negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membidas usaha kerajaan untuk mengadakan Rumah Terbuka Malaysia Madani di tiga buah negeri sempena Hari Raya Aidilfitri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, majlis rumah terbuka Perdana Menteri yang julung kali diadakan di luar Seri Perdana dan berlangsung di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu itu sebagai satu pembaziran.

Beliau berkata, usaha demikian tidak pernah dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini kerana sedar penganjuran majlis sedemikian memakan kos yang begitu tinggi.

“Adalah lebih baik dan amat berkesan sekiranya perbelanjaan majlis sebegini ini ditukar menjadi bantuan tunai secara terus kepada golongan fakir miskin, mustadhafin (sakit melarat) yang ada di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Bukankah PM (Anwar) sendiri janji tidak mahu anjurkan majlis keramaian yang menelan belanja besar dan mahu noktahkan kemiskinan?,”katanya menerusi Facebook beliau.

Malahan Wan Fayhsal turut mengaitkan penganjuran majlis tersebut dengan dakwaan berlaku sekatan bantuan Ramadan untuk ahli-ahli Parlimen pembangkang.

“Barulah kami tahu kenapa peruntukan bantuan Ramadan untuk ahli Parlimen Machang dan semua pimpinan Perikatan Nasional di 74 Parlimen yang majoritinya adalah Malay Belt (majoriti Melayu) disekat,” katanya.

Advertisements

Semalam, Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan akan menganjurkan majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

JPM menerusi kenyataan berkata, penganjuran majlis berkenaan dengan dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu jemputan utama adalah bagi menyantuni pelbagai lapisan rakyat yang akan berkunjung ke majlis berkenaan.

Anwar juga dijangka akan menghadiri majlis rumah terbuka Malaysia Madani di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Sementara itu, Wan Fayhsal meminta kerajaan Malaysia tidak menjadikan penganjuran rumah terbuka itu sebagai satu usaha untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri-negeri berkenaan.

“Kalau Anwar Ibrahim dan para penasihatnya fikir dengan cara ini PH-BN dapat kaut undi di Kelantan, Terengganu dan Kedah, kalian amat silap.

“Belajarlah daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu,” katanya dengan nada yakin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan