25.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Selangor nafi gaji pemain dibayar tinggi, ambil tindakan perundangan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SELANGOR FC menafikan laporan yang tular di media sosial berhubing dakwaan maklumat gaji pemain mereka yang dibayar sangat tinggi.

Red Giants dalam kenyataan media rasminya pada Isnin, menegaskan bahawa dakwaan itu adalah fitnas dan akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab.

“Kelab ingin merekodkan bahawa kandungan ‘posting’ tersebut adalah palsu, tidak tepat dan dianggap fitnah. Kelab menafikan sekeras-kerasnya menggaji mana-mana individu dengan skala gaji yang didakwa di dalam siaran media sosial tersebut.

“Kelab mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran maklumat palsu yang boleh merosakkan imej Kelab yang bertujuan untuk menimbulkan keresahan dan menggugat kestabilan Kelab, lebih-lebih lagi sambil bersembunyi di sebalik tabir tanpa nama. 

Advertisements

“Pihak Kelab akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pemfailan laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan pihak berkuasa lain yang berkaitan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Selangor turut memberi jaminan kepada peminat mereka, bahawa kelab itu berada di landasan yang tepat dalam pelbagai aspek dengan mendukung prinsip dan nilai murni kelab tersebut.

Selangor kini berada dalam prestasi terbaik mereka di tangga kedua dengan 19 mata, hanya 5 mata di belakang pendahulu yang juga juara bertahan JDT selepas lapan perlawanan.

Red Giants turut mara ke suku akhir Piala FA dan akan bertemu Negeri Sembilan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan