30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Robertson dakwa disiku penjaga garisan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bola Sepak (FA) Inggeris dan Lembaga Pegawai Rasmi Profesional Perlawanan (PGMOL) melancarkan siasatan berhubung dakwaan pertahanan Liverpool, Andrew Robertson disiku di muka oleh penjaga garisan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika pemain dan pegawai perlawanan menuju ke bilik persalinan ketika rehat separuh masa pertama perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Liverpool dan Arsenal awal pagi tadi.

Ketika insiden, Robertson dilihat mendekati Constantine Hatzidakis dan cuba menyentuh tangan penjaga garisan berkenaan.

Namun, tindak balas mengejut Hatzidakis menyaksikan sikunya diangkat lalu terkena muka pertahanan antarabangsa Scotland tersebut.

Robertson dalam pada itu mendakwa penjaga garisan tersebut berniat menyiku mukanya.

“Dia baru sahaja menyiku tekak saya. Penjaga garisan itu telah menyiku saya di tekak,” katanya.

Sementara itu, PGMOL yang diketuai bekas pengadil EPL, Howard Webb mengeluarkan kenyataan badan itu akan melakukan siasatan berhubung insiden yang berlaku.

PGMOL menerusi kenyataan berkata, kejadian itu akan diteliti usai perlawanan.

Dalam pada itu, bekas kapten Manchester United, Roy Keane berkata kejadian berlaku disebabkan Robertson cuba melakukan provokasi ke atas pengawai perlawanan.

“Adakah dia mencengkam penjaga garisan dahulu? Saya tidak pasti tetapi Robertson melakukan bantahan (ketika kejadian). Dia sepatutnya lebih risaukan kualiti bertahannya.

“Saya menyaksikan dia beraksi banyak perlawanan, dia adalah bayi besar. Itulah dirinya.

“Fokus pada perlawanan dan teruskan bertahan dengan baik. Dia yang mencengkam (lengan) penjaga garisan dahulu,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan