29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Enam pengadil muda berguru di Arab Saudi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar seramai enam pengadil muda negara berguru di Dammam, Arab Saudi bermula esok sehingga 27 Oktober ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, kesemua mereka turut akan menjalani kursus tambahan video bantuan pengadil (VAR) dan latihan praktikal ketika di sana.

Katanya, inisiatif itu selari dengan misi beliau yang mahukan lebih ramai pengadil berguru di luar negara.

“Semoga ilmu yang diperoleh di Arab Saudi memberi manfaat dalam tugasan mereka terutama dalam memartabatkan lagi mutu pengadilan bola sepak negara,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mereka terdiri daripada empat pengadil iaitu, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman, Mohamad Kamil Zakaria Ismail dan Muhammad Munir Mohd. Izam.

Advertisements

Dua penolong pengadil yang terpilih ialah RSN Kesava dan Mohd. Shafiq Ahmad Said.

Hamidin berkata, pemilihan mereka berdasarkan prestasi baik dalam Liga Malaysia serta komited sepanjang latihan VAR di sekali gus dilihat berpotensi ke peringkat lebih tinggi.

“Diharap lebih ramai mengikut jejak langkah pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin dan dua pembantunya, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd. Arif Shamil Abd Rasid yang akan ke Piala Asia 2023, di Qatar, Januari depan,” katanya.

FAM dalam pada itu sedang rancak menjalankan latihan VAR bagi 40 pengadil sebagai persediaan menghadapi Liga Malaysia 2024/2025. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan