25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia, Arab Saudi setuju bentuk jawatankuasa peringkat menteri

Pembentukan jawatankuasa itu membawa jalinan kerjasama perdagangan, pelaburan dan ekonomi kedua-dua negara ke tahap baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Arab Saudi bersetuju membentuk sebuah jawatankuasa peringkat menteri bagi membawa jalinan kerjasama perdagangan, pelaburan dan ekonomi kedua-dua negara ke tahap baharu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Perkara itu diputuskan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Perdagangan Arab Saudi, Dr Majid Abdullah Alkassabi di Hotel Ritz-Carlton di sini, yang turut dihadirinya.

Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.

Jawatankuasa ini akan memantau perkembangan perdagangan, pelaburan dan ekonomi antara kedua-negara serta prospek kerjasama pada masa akan datang.

“Ini membuktikan keseriusan dan komitmen Malaysia dan Arab Saudi untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama perdagangan dan pelaburan ke tahap yang baharu,”katanya kepada media Malaysia yang membuat liputan lawatan perdana menteri di Arab Saudi.

Tengku Zafrul berkata, pada masa ini Malaysia ialah rakan dagang kelapan terbesar bagi Arab Saudi.

“(Malaysia) menjadi antara 10 negara teratas perdagangan dengan Arab Saudi, membuktikan negara ini memilih untuk mengutamakan usaha sama dan kerjasama mengikut sektor dengan Malaysia,”katanya.

Advertisements

Arab Saudi ialah rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan dua hala mencatatkan US$10.26 bilion pada 2022, meningkat 159.2 peratus daripada 2021 (US$1=RM4.77).

Antara projek utama Arab Saudi di Malaysia ialah Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor oleh Saudi Aramco.

Fortune Global 500 pada 2021 meletakkan Saudi Aramco di tempat keenam teratas sebagai syarikat paling untung di dunia, dengan perolehan berjumlah US$105 bilion.

Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan dengan pemimpin syarikat dan firma ternama Malaysia dan Arab Saudi yang menjalinkan kerjasama perdagangan dan pelaburan.

Anwar kemudian menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Westar Aviation dan Mukamalah; DNEX dan Ajlan Bros; Twistcode dan Ajlan Bros; serta MGB dan Sany Alameria.

Perdana Menteri turut menerima kunjungan hormat Gabenor Public Investment Fund Arab Saudi, Yasir Al-Rumayyan untuk membincangkan prospek kerjasama dalam bidang pelaburan.-BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan