24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ditumbuk Valverde: Baena ambil tindakan undang-undang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN sayap Villareal, Alex Baena akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Federico Valverde selepas pemain tengah Real Madrid itu menumbuk mukanya di parkir kereta ketika menuju ke bas pasukan.

Kejadian itu berlaku selepas kedua-dua pasukan bertemu di Santiago Bernabeu yang menyaksikan Villarreal menang 3-2 ke atas Los Blancos dalam aksi La Liga Sabtu lalu.

Valverde bagaimanapun terlepas daripada tindakan berkaitan bola sepak sekali gus mengelak daripada dikenakan penggantungan 12 perlawanan selepas Villarreal mengambil keputusan untuk tidak melaporkan insiden itu kepada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Namun, Villareal menerusi kenyataan semalam mengesahkan pembabitan pihak polis dalam kes tersebut dan membuka pintu kepada Suruhanjaya Anti Keganasan Sepanyol untuk melakukan siasatan.

Sementara itu, Baena memberitahu media tempatan pada Ahad dia tidak mengambil sebarang tindakan namun mengubah pendiriannya selepas kelab mengumumkan akan menyokong segala tindakannya.

“Pemain Villarreal, Alex Baena diserang malam semalam (kelmarin) ketika dalam perjalanan menuju ke bas selepas aksi menentang Real Madrid di Stadium Santiago Barnebeu.

Advertisements

“Sekali lagi, Villarreal menolak sebarang tindakan keganasan dan percaya versi pemain (kami) dan akan memberikan sokongan penuh kepadanya,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, Baena menafikan dakwaan dia memprovokasi Valverde berhubung kandungan isterinya ketika mereka bertembung dalam aksi piala awal tahun ini.

“Menangislah sekarang, anak lelaki awak tidak akan lahir,” katanya.

Komen tersebut dibuat ketika isteri Valverde berdepan situasi kemungkinan keguguran kandungan anak keduanya.

Baena sementara itu menerusi Instagram berkata, dia gembira dengan kemenangan Villarreal namun sedih atas kejadian yang berlaku.

“Sangat gembira dengan persembahan menakjubkan ketika menang di tempat seperti Santiago Bernabeu. Tetapi dalam masa saya sangat sedih dengan tindakan agresif yang saya terima selepas perlawanan dan terkejut ianya berlaku kepada saya,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan