27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

UMNO lantik Shahrizat sebagai Pengerusi HAWA

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA).

Menerusi hantaran laman Facebooknya, Shahrizat memaklumkan HAWA adalah majlis yang ditubuhkan di bawah Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Shahrizat turut merakam penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di atas kepercayaan untuk menerajui majlis tersebut.

“Memang bersejarah. Dan saya dilantik sebagai Pengerusi HAWA. Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan yang diletak atas bahu menerajui satu legasi ini.

“Insya-Allah saya akan jalankan tugas dengan sebaiknya setelah dapat mendengar visi Presiden UMNO untuk Wanita dan keluarga di bawah naungan Majlis Tertinggi di pejabat YAB di Parlimen tempoh hari,” katanya.

Advertisements

Bekas Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau paling bahagia apabila UMNO terutama Wanita diminta berganding tangan dengan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan (NGO) pelbagai lain demi kebaikan wanita dan keluarga.

Pada pemilihan UMNO lepas, percubaan Shahrizat untuk kembali menerajui sayap wanita parti itu tidak menjadi kenyataan selepas tewas kepada penyandang, Datuk Noraini Ahmad.

Walaupun tewas, Ahmad Zahid telah melantik beliau sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Untuk rekod, Shahrizat mengetuai wanita UMNO selama 11 tahun sehingga tahun 2018. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kumpulan Richiamo umum penstukturan jawatan baharu

KUMPULAN Richiamo Sdn Bhd mengumumkan penstrukturan syarikat dengan melibatkan pertukaran dan pelantikan baru bagi mengetuai anak-anak syarikat yang ditubuhkan...

Lagi Artikel Berkaitan