33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Inter bawa bekalan selesa ke Itali

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DUA gol di babak kedua masing-masing menerusi Nicolo Barella dan Romelu Lukaku membantu gergasi Itali, Inter Milan menundukkan Benfica 2-0 dalam aksi pertama peringkat suku akhir Liga Juara Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Kemenangan itu memberikan Inter selangkah ke peringkat separuh akhir selepas kali terakhir melakukannya pada 2010 yang menyaksikan mereka memenangi kejohanan utama Eropah itu.

Dalam aksi di Estadio da Luz, Lisbon pagi tadi, Benfica terlebih awal mengasak menerusi percubaan Rafa Silva pada minit ke-16 namun diselamatkan penjaga gol, Andre Onana.

Pertahanan, Francesco Acerbi pula hampir mencatat nama sebagai penjaring apabila melakukan percubaan jarak jauh namun hanya sedikit melewati palang gol Benfica yang dikawal Odysseas Vlachodimos.

Advertisements

Barella akhirnya meletakkan Nerazzurri di depan pada minit ke-51 apabila menanduk masuk bola hantaran pertahanan, Alessandro Bastoni.

Inter kemudiannya mendapat bantuan Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Inggeris, Michael Oliver selepas bola dikesan terkena tangan kapten Benfica, Joao Mario.

Lukaku yang masuk menggantikan Eden Dzeko tidak mempunyai masalah menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Benfica hampir menyamakan kedudukan pada lewat permainan menerusi Goncalo Ramos namun percubaan penyerang itu dinafikan Onana sekali gus memastikan Inter membawa pulang bekalan selesa ke Itali. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan