25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Chilwell lanjut kontrak bersama Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEN Chilwell menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2027 bersama Chelsea sekali gus memadam minat kelab lain termasuk Manchester City untuk mendapatkan khidmatnya.

Sejak menyertai kelab pada 2020, Chilwell, 26, telah melakukan 80 penampilan bersama The Blues.

Kontrak sambungan dua tahun itu menyaksikan peningkatan gaji pertahanan antarabangsa England itu kepada RM1.1 juta seminggu.

Chilwell menerusi kenyataan rasmi kelab berkata, dia dan keluarga selesa berada di kota London gembira menjadi sebahagian daripada projek jangka masa panjang kelab.

“Saya selesa di Chelsea sangat gembira ketika beraksi di padang. Saya berpuas hati apabila kelab mahukan saya menjadi sebahagian daripada projek jangka panjang.

Advertisements

“Kami akan bekerja keras untuk meraih kejayaan. Saya berjanji akan lakukan terbaik bagi menggembirakan penyokong yang sentiasa membuat saya berasa sentiasa dialu-alukan,” katanya.

Pemain pertahanan itu menyertai Chelsea dari Leicester City dengan perpindahan sekitar RM274.4 juta menerusi kontrak selama lima tahun.

Sejak itu, Chilwell menjadi watak penting dalam kelab dan keupayaannya akan diuji apabila dijangka turun beraksi awal pagi esok menentang Real Madrid dalam kejohanan Liga Juara Juara Eropah.

Sepanjang kariernya di Stamford Bridge, Chilwell bergelut dengan dua kecederaan serius termasuk Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menyebabkan dia diketepikan selama enam bulan.

Beliau juga terlepas aksi Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar lalu susulan kecederaan hamstring yang dialaminya sebelum kejohanan tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan