33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Lelaki hambur kata-kata lucah ditahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang tular di media sosial kerana mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita di Bandar Springhill, Port Dickson ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Aidi Shah Mohamed berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 6.30 petang pada 10 April lalu di tempat meletak kenderaan di hadapan sebuah bangunan di lokasi tersebut.

Susulan itu katanya, polis menerima satu laporan daripada mangsa pada pukul 3.40 petang semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan serta mengeluarkan perkataan tidak sopan di khalayak awam.

Advertisements

“Hasil saringan awal urin (suspek) adalah negatif. Suspek yang berumur 38 tahun itu tiada rekod kesalahan lampau dan kini ditahan di lokap Balai Polis Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Video berdurasi 34 saat dimuat naik pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715 tular selepas memaparkan seorang individu menghalang sebuah kereta keluar dari tempt meletak kenderaan sambil mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang wanita.

Sementara itu, polis menasihatkan orang awam agar tidak mencetuskan kegusaran awam dengan menviralkan video tersebut seta memberikan komen-komen yang boleh menggugat ketenteraman awam. 

“Perbuatan penyebaran yang tidak bertanggungjawab sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan