26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Lagi OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lagi individu berstatuskan orang kurang upaya (OKU) ditemukan rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang.

Dalam kejadian terbaharu berkenaan, mangsa ditemukan di atas lantai dalam bilik air tingkat bawah rumah kedai dua tingkat di Jalan Seri Bahari, di Georgetown, hari ini.

Menurut Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, Jamil Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.11 pagi sebelum menggerakkan 40 anggota termasuk dari BBP Jalan Perak dan Bagan Jermal.

“Ketika tiba di tempat kejadian, didapati api marak membakar rumah kedai dua tingkat dan maklumat awal diterima, terdapat seorang individu terperangkap di dalam premis itu.

“Anggota berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.43 pagi,” katanya seperti dilaporkan media, hari ini.

Jamil berkata, mayat mangsa kemudian ditemui di bilik air yang terletak di bahagian belakang aras bawah rumah berkenaan.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserah kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi urusan bedah siasat.

Advertisements

“Menerusi maklumat awal daripada orang awam, mangsa dipercayai lelaki OKU namun nama, usia dan butiran lanjut individu itu belum dapat dipastikan,” katanya.

Menurut Jamil, pihaknya dimaklumkan oleh pemilik premis bahawa kedai berkenaan tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik.

“Kemungkinan ada sumber lain iaitu penggunaan cahaya persendirian seperti lilin yang dipercayai menjadi punca.

“Premis berkenaan dipercayai digunakan bagi menyimpan barangan lusuh dan kebakaran membabitkan kemusnahan sehingga 70 peratus,” katanya.

Untuk rekod, semalam, wanita OKU terlantar, Nuraida Hashim, 43, maut dalam kebakaran di Kampung Alma, Bukit Mertajam manakala seorang kanak-kanak, G Sri Laavanya, tujuh tahun ditemui rentung dalam kebakaran di Jalan Paya Terubong, Kampung Pisang Air Itam, lewat malam Isnin lalu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan