30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bergelut penceraian, Nurul Shuhada hamil 10 minggu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ISTERI pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan bahawa dia sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan sudah memasuki 10 minggu.

Berkongsi perkara itu menerusi Instagram (IG) malam tadi, Nurul Shuhada, 29, berkata, dia perlu kuat walaupun sedang berdepan pelbagai tekanan.

“Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya perlu kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar. Sekarang termasuk anak dalam kandungan.

“Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya perlu kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar. Sekarang termasuk anak dalam kandungan.

“Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

“Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” katanya.

Shuhada berkata, dia pengsan ketika menjalani pemeriksaan di hospital, hari ini kerana keadaan badan yang lemah.

“Saya jatuh pengsan di hospital tadi. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.

“Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” tulis Shuhada.

Dalam hantaran sama, Shuhada turut meluahkan rasa syukur apabila masih ramai individu yang sentiasa menyokongnya.

“Allah hadirkan orang yang baik-baik. Walaupun tidak kenal, selalu komen bagi sokongan dan kekuatan. Doa yang tak henti-henti.

“Kata-kata sokongan yang banyak bagi sokongan kepada saya. You know who you are. Terima kasih Allah.

“Terima kasih semua. Tak dapat saya balas budi semua selain terus maju ke depan tanpa toleh belakang lagi,” katanya.

Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan