27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

UEL: Juventus bawa bekalan tipis ke Portugal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JARINGAN tunggal pemain pertahanan, Federico Gatti cukup untuk memastikan Juventus menang 1-0 ke atas Sporting Lisbon dalam aksi Liga Europa (UEL) di Stadium Allianz, awal pagi tadi.

Namun kelab yang terkenal dengan jolokan The Old Lady itu pastinya berdepan tugas berat di Portugal nanti apabila aksi di Turin pagi tadi memperlihatkan penguasan penuh Sporting.

Percubaan kapten, Sebastian Coates berjaya diselamatkan penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny namun beberapa minit selepas itu menyaksikan Gleison Bremer mengeluarkan bola dari atas garisan gol hasil percubaan Nuno Santos.

Tuan rumah kehilangan Szczesny seminit sebelum waktu rehat ekoran kecederaan di bahagian dada dan digantikan Mattia Perin.

Advertisements

Kemasukan Dusan Vlahovic pada babak kedua memberi sinar buat Juventus pada minit ke-73 apabila tandukan penyerang itu dikeluarkan dari atas garisan oleh Coates namun Gatti tiba tepat pada masanya untuk menolak masuk gol pertama The Old Lady.

Perin muncul wira tuan rumah apabila menyelamatkan dua percubaan berbahaya pelawat sekali gus memastikan kedudukan kekal 1-0 untuk di bawa ke Estadio Jose Alvalade di Lisbon Khamis depan.

Pemenang perlawanan ini dijadualkan bertemu sama ada Sevilla atau Manchester United di peringkat separuh akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan