27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

UECL: West Ham ikat Gent 1-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WEST Ham terpaksa bekerja keras sebelum dipaksa seri dengan kelab Belgium, Gent dalam aksi Liga Konferensi Europa (UECL) di Ghelamco Arena awal pagi tadi.

Skuad bimbingan David Moyes berdepan malam yang sukar apabila berdepan serangan bertali-arus Gent di depan lebih 20,000 penyokong.

Bagaimanapun, aksi di Belgium itu menyaksikan West Ham terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Danny Ings pada masa kecederaan babak pertama.

Gol tersebut berpunca daripada lontaran ke dalam yang pantas dilakukan Vladimir Coufal kepada Jarrod Bowen.

Advertisements

Pemain sayap England itu kemudiannya terus menghantar kepada Ings untuk gol pertama pemain itu dalam kejohanan Eropah.

Gent bangkit menyamakan kedudukan pada babak kedua menerusi sentuhan penjaring terbanyak kelab, Hugo Cuypers pada minit ke-56.

Pertahanan tuan rumah, Kamil Piatkowski dilayangkan kada merah pada masa kecederaan kerana didakwa menjatuhkan Lucas Paqueta.

Namun keputusan itu ditarik semula pengadil, Anastasios Sidiropoulos apabila ulang tayang video bantuan pengadil (VAR) menunjukkan pemain Poland itu melakukan terjahan bersih. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan