26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Chelsea ajak Nagelsmann bentang idea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CHELSEA meneruskan usaha pencarian pengurus baharu kelab dan dilaporkan mempelawa bekas pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann membentangkan ideanya kepada pengurusan tertinggi kelab.

Nagelsmann dipecat kelab Bavaria itu baru-baru ini dan digantikan dengan Thomas Tuchel kini menjadi buruan kelab elit Eropah.

Chelsea pula baharu sahaja memecat Graham Potter dan melantik Frank Lampard sebagai pengurus sementara sebelum melantik pengurus baharu secara tetap akhir musim ini.

Pemilik The Blues, Todd Boehly kini menyenarai pendek calon berpotensi dengan meminta mereka mempersembahkan visi dan misi kepada kelab.

Menurut akhbar Jerman, Bild, Nagelsmann telah menerima jemputan untuk memperkenalkan dirinya dan menjelaskan visinya kepada pemilik kelab tersebut.

Advertisements

Selain Nagelsmann, Luis Enrique dilaporkan telah bertemu Boehly beberapa minggu lalu dan mendapat maklum balas yang baik selepas menerangkan ideanya.

Difahamkan Chelsea bersedia menawarkan tempat untuk Enrique namun memilih untuk menunggu idea Nagelsmann sebelum membuat pilihan akhir.

Nagelsmann dilihat calon berpotensi membawa kejayaan kepada kelab biarpun dipecat sebelum ini.

Namun, pengurus muda itu tidak akan keseorangan jika menyertai Chelsea kerana Christopher Vivell yang pernah bekerjasama dengannya ketika di RB Leipzig sebelum ini telah dilantik sebagai pengarah teknikal Chelsea Disember lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan