24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Siti Nurhaliza hamil anak kedua

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan dia sedang hamil anak kedua.

Siti memberitahu, usia kandungannya sudah memasuki empat bulan dan berharap semua pihak mendoakan kehamilannya berada dalam keadaan baik. 

“Alhamdulillah hari ini 1 Disember, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah berusia empat bulan.

“Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir apabila tiba waktu yang sesuai  kami akan tetap berkongsi berita ini dengan semua terutamanya keluarga saudara mara sahabat handai para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami,” tulisnya di Instagram miliknya hari ini.

Siti yang kini popular dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu  berkata, beliau memohon doa orang ramai supaya diri dan bayi di dalam kandungannya diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari ke depan  ini sehingga lah saat melahirkan nanti.

Menurutnya, beliau merakamkan terima kasih sekali lagi kepada peminatnya yang sangat memahami dan tidak putus mendoakannya selama ini.

“Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih. 

Advertisements
Siti Nurhaliza ketika hamil anak pertama sebelum ini.

“Alhamdulillah.terima kasih semua dan doakan saya ya,” tulisnya lagi.

Pada 2017, Situ mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K.

Dia sebelum itu pernah mengalami keguguran pada November 2015.

Siti mengaku menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usaha mendapatkan cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan dengan Datuk K.

Rawatan IVF itu adalah percubaan ketiga dilakukan Siti sepanjang berkahwin dengan suami. 

Siti selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan