27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Usah serbu KWSP beramai-ramai – Najib

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)tidak menyerbu pejabat agensi kerajaan itu secara beramai-ramai.

Bekas perdana menteri itu berkata, ahli KWSP juga dinasihatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan buat temujanji terlebih dahulu di capaian  www.kwsp.gov.my/janjitemu.

NAJIB TUN RAZAK

Menurutnya, jika penuh, pencarum perlu perbanyakkan bersabar dan tunggu hari yang belum penuh. 

“Sentiasa patuhi SOP, banyakkan bersabar. Saya faham keperluan anda semua tetapi saya pasti rakan-rakan kita yang bertugas di kaunter KWSP kalau boleh hendak bantu semua pencarum tetapi kita dalam krisis pandemik sekarang ini.

“Opis (pejabat) KWSP tak lari ke mana-mana,” tulis Najib di Facebook, malam tadi.
.Dalam pada itu, Najib meminta pencarum yang sudah daftar i-Akaun KWSP agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu.

Jelasnya, buatlah segala permohonon secara dalam talian supaya  tidak akan ada kluster tercetus dari KWSP pulak nanti.
“Percayalah bahawa jika KKM umum kluster i-Sinar atau kluster i-Lestari, Najib tentu akan dipersalahkan,” katanya.

Semalam, KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan semua pejabat cawangan kumpulan itu akan beroperasi seperti biasa dengan semua perkhidmatan kaunter disediakan bermula esok, dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja.

Baca juga:   Tambah baik mekanisme pengeluaran KWSP kepada bayaran ‘one-off’ RM10,000

Menurut kenyataan itu, KWSP akan mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang wajib untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Baca juga:   Jika darurat tak jejas ekonomi, kenapa ramai belia menganggur?

“Ahli yang ingin berurusan harus membuat janji temu terlebih dahulu melalui saluran Janji Temu Online di laman web www.kwsp.gov.my/janjitemu,” kata kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 atau rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Sebelum ini, KWSP menyatakan pencarum yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.

Pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

Program i-Sinar diperluaskan kepada lapan juta pencarum dan jumlah pengeluaran maksimum meningkat antara RM10,000 bagi mereka yang mempunyai RM90,000 dan ke bawah dalam akaun satu.

Wartawan

Terkini

Agong bincang kerjasama ketenteraan Malaysia-UAE

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral...

Lagi Artikel Berkaitan