27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Bunuh rakan sendiri tersinggung digelar miskin tiada telefon bimbit

Mesti Baca

JAKARTA – Berang digelar miskin oleh rakannya sendiri, seorang pemuda dari Kampung Sukowilangun, mukim Kalipare daerah Malang, Jawa Timur nekad membunuh seorang remaja dalam satu kejadian, Jumaat lalu.

Tribunnews.com melaporkan, Santoso membunuh remaja berusia 14 tahun yang hanya dikenali sebagai AP itu dengan cara memukul dan mencekik leher mangsa.

Santoso ketika ditanya mengenai motif perbuatan itu berkata, perkataan mangsa dianggapnya begitu menyakitkan hati hingga membuatnya tidak dapat menahan emosi.

Menurutnya, kenyataan dibuat AP itu membuatkan emosinya tidak stabil dan dia nekad untuk membunuhnya.

“Saya tersunggung setelah dia (AP) sebut kamu miskin tidak mungkin bisa beli handphone (telefon bimbit),” kata Santoso dalam pengakuan kepada pegawai penyiasat Polis Daerah Malang, semalam. 

Santoso memberitahu, niat membunuh AP diteruskan ketika mereka duduk di kedai kopi.

Advertisements

Ujarnya, dia kemudiannya mengajak AP mencari burung di belakang Pasar Peteng.

Namun ajakan itu hanya helah Santoso dan dia meneruskan niatnya setelah sampai di kawasan yang sunyi.

“Saya pukul lalu saya cekik dan AP pengsan. Namun tanpa disangka dia bangun semula dan cuba melarikan diri.

“Saya kejar terus saya pukul dan cekik lagi. Saya tunggu untuk memastikan sudah mati atau tidak,” katanya lagi. 

Santoso memberitahu,  pembunuhan itu dilakukan pada pukul 3 pagi waktu tempatan Jumaat lalu.

“Handphone dia (AP) saya ambil lalu saya sembunyikan di batu. Terus mayatnya saya tutup dengan daun ubi kayu,” katanya mengakhiri pengakuan kepada polis.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan