25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

5 termasuk bayi maut dirempuh pemandu mabuk

Mesti Baca

 
BERLIN – Sekurang-kurangnya lima termasuk seorang bayi terbunuh manakala 15 lagi cedera selepas sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk merempuh pejalan kaki dalam satu kejadian di bandar Trier, barat Jerman, semalam.

Euronews melaporkan, seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan manakala kenderaan SUV miliknya dirampas berikutan kejadian di kawasan Pasar Simeonstraße kira-kira pukul 1.45 petang.

Polis bagaimanapun menolak kejadian itu bermotifkan politik, agama atau keganasan.

Seorang mangsa terbunuh merupakan bayi berumur sembilan bulan ketika mangsa lain yang maut adalah dua wanita berusia 25 dan 73 tahun serta seorang lelaki 45 tahun.


Ibu bayi itu dilapor cedera parah dan kini dirawat di hospital berhampiran selepas sebuah kereta memasuki laluan pejalan kaki sejauh 900 meter.

Pendakwa raya, Peter Fritzen dalam sidang media berkata, lelaki itu mempunyai masalah psikiatri yang turut menyumbang kepada kejadian itu.

Advertisements


Menurut Timbalan Ketua Polis Trier, Franz-Dieter Anker, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan menolak sebarang unsur politik atau agama dalam kejadian itu.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan nama suspek.


 Anker menyifatkan kenderaan jenis SUV itu merempuh pejalan kaki berkenaan secara rawak.


Pendakwa raya membuka pelbagai kertas siasatan atas dakwaan membunuh, cubaan membunuh dan mencederakan.


Tambahnya, suspek juga memandu di bawah pengaruh alkohol.


Sementara itu, Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, beliau amat sedih dengan kejadian yang berlaku di Trier.


“Simpati saya buat ahli keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang secara mengejut dengan cara menyedihkan,”ciapnya di Twitter.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan