26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Gabungan UMNO, Pas, Bersatu lebih kuat umpama seberkas lidi – MB

Mesti Baca

KOTA BHARU – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, perjuangan politik melalui perpaduan Melayu tidak boleh mengenepikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan yang dipetik Harakahdaily menegaskan, pergerakan parti Melayu mestilah tidak terhad hanya antara Pas dan UMNO, tetapi perlu melibatkan sama parti lain termasuk Bersatu.

Ahmad Yakob

“Bagi (pendapat) saya, lebih besar (gabungan) lebih baik. (Umpama) satu berkas lidi, kalau dah besar banyak guna, lebih kuat. 

“(Jadi) Bagi saya, lebih baik kita (parti-parti Melayu UMNO, Pas, Bersatu dan lain-lain) bersama. Bukan sahaja dua parti (Pas dan UMNO).

“Tapi (semua) parti-parti Melayu (wajib) bersama dalam satu usaha mengekalkan kuasa (pemerintahan Melayu-Islam),” katanya, semalam.

Menurut Ahmad, pertelagahan antara parti-parti Melayu merugikan rakyat dan “UMNO serta Bersatu telah diberi peluang oleh Allah membetulkan keadaan” itu.

Ahmad mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang secara terbuka berkata, matlamat parti itu untuk menguasai semula kerajaan  yang kini diketuai Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) – dengan kerjasama Pas.

Kata Khaled semalam, untuk mencapai matlamat menguasai kerajaan, kekuatan yang ada pada UMNO dan Pas sudah memadai.

Sebagai rakan kerjasama setara dalam Muafakat Nasional katanya UMNO dan Pas memiliki kekuatan yang berbeza.

“Sebenarnya, UMNO dan Pas adalah kekuatan yang mencukupi. Yang selebihnya, akan menyebabkan the space is a little bit too crowded (ruang menjadi terlalu sesak),” katanya.

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan