25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lelaki maki, ludah pekerja kedai runcit dikompaun

Mesti Baca

IPOH – Gara-gara memaki dan meludah seorang pekerja kedai runcit di Lahat, dekat sini, seorang lelaki dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz, lelaki berusia 47 tahun dan videonya tular di media sosial itu diberkas kira-kira pukul 8.45 malam tadi dan suspek ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, tangkapan dibuat susulan laporan seorang pekerja kedai runcit kira-kira pukul 2.50 petang semalam.

Katanya, ia berkaitan kejadian seorang lelaki yang melanggar SOP kira-kira pukul 8.40 malam kelmarin.

“Apabila ditegur, lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata makian serta meludah pengadu. 

“Pergaduhan hampir tercetus namun sempat dihalang oleh pekerja yang lain,” katanya dalam dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Semalam, tular di media sosial seorang lelaki memaki hamun dan meludah seorang pekerja kedai runcit apabila ditegur tidak memakai pelitup muka.

Insiden itu turut dirakam oleh seorang pekerja lain dan ditularkan di media sosial.

A. Asmadi memberitahu, Bahagian Siasatan Jenayah telah melakukan siasatan dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil iaitu gaduh gempar di tempat awam dan berkelakuan aib.

“Lelaki itu memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan suspek mengaku dalam keadaan mabuk semasa kejadian itu berlaku,” katanya.

A. Asmadi menambah, kes itu dianggap selesai dan orang ramai diminta tidak menularkan lagi video rakaman tersebut, kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan dan menggugat keharmonian.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan